Sunday, November 23, 2014

#staybeautiful dUCk scarves special edition by Vivy Yusof

Assalammualaikum,

I find happiness in the simplest thing!

Kadang-kadang perkara tu biasa pada orang lain, tapi besar maknanya buat kita. Simple things, contohnya dapat makan makanan favorite. Cukup. Dah boleh bagi seribu kebahagian. Kan? 

Nak-nak kalau masa tu kita serabut nak mampuihhh, tiba-tiba ada perkara yang simple je pun happen secara automatic bagi kita WALAUPUN seketika untuk lupa masalah kita. Macam yang Vna rasa sekarang. Serabut dengan masalah sekeliling. Fening, ana fening! So, macam biasa malaihh nak pikiaq macam-macam benda, lari sekejap cari alternative nak tenangkan fikiran. Bacalah favorite blog, Proudduck. 

Vivy Yusof, pengasas kepada jenama selendang, dUCk reveal hint kepada persoalan yang menghantui followers dUCk yang ternanti-nanti koleksi apakah yang akan di keluarkan yang menampilkan duck charm versi gold edition tuuuu. Tapi Vivy tak fully reveal. Masih berahsia. Vna buat extra work untuk cari maklumat sebab tak nak terlepas peluang nak grab limited edition ini. 

Rupanya, dUCk berkolaborasi dengan jenama P&G, di mana setiap pembelian RM40 ke atas, (wajib beli shampoo or coonditioner jenama Pantene atau Head & Shoulders) akan menerima shawl #staybeautiful duck scarves X P&G secara percuma. Great combo! 

Teruihhh, dah tau info beria ajak Mak Vna pergi mencari. Secara jujurnya, Vna tak pernah guna shampoo Pantene atau Head & Shoulders. Tapi memang tengah survey-survey nak tukar shampoo brand lain, sebab shampoo yang pakai sekarang bukan membantu mengurangkan keguguran rambut, lagi bertambah-tambah "autumn"  rambutku. So, Vna decide untuk mencuba brand Pantene. Sambil menyelam minum air. Sambil nak dapatkan limited edition duck scarves, sambil mencuba shampoo baru. Gitewwww!

I have been duck-ed again!Happy! 

Actually, benda yang buat Vna nak sangat special edition ini ialah kotak dia. Tak boleh blah kan?Haha. Macam Vna mention, simple thing tapi itu yang buat kita happy.  Itu yang gigih cari info nak jugak dapatkan, terima kasih kepada dunia di hujung jari.Di sebabkan nak tau pasal special edition ini, lupa sat masalah. Kolaborasi antara duck X P&G ini bersempena dengan kempen #staybeautiful untuk menghargai jasa-jasa ibu kita yang mendahului kita dalam apa jua perkara. Info lebih boleh tengok kat SINI. Dekat website tu jugak lah Vna dapat info pasal duck scarves special edition ini. 

Gold duck charm yang menjadi buruan sudah dapat ku tangkap!




Oh ya, limited edition ini datang dengan dua warna. Actually macam ini, shawlnya ada warna hitam dengan gold. Yang buatkannya beza, sehelai side gold lebih banyak compare hitam, sehelai lagi hitam lebih banyak dari gold. You get what I mean? Cuba tengok illustration from D ni, faham kan?


So bila nak purchse, first thing make sure tanya dulu dekat counter diorang ada stock lagi tak sebab setahu Vna stock sangat limited and only selected outlet yang ada. Vna pergi dekat Watson Aeon Taiping. Bila ada cecepat grab P&G product untuk purchase. Second thing, check dekat kotak design yang mana nak ok? Macam Vna punya, side gold lebih banyak compare hitam so dia akan tanda kat gold. 




So, dUCk scarves lovers semua, hopefully entry ini membantu korang untuk dapatkan duck special edition ini. Let's get duck-ed again and again. 

much love, vna erman :)

No comments :