Friday, February 19, 2016

The Weave Duckscarves

Assalammualaikum,

Raya tahun lepas, dUCkscarves produce special Limited Edition yang dinamakan The Raya Weave. Di datangkan dalam 4 warna iaitu pink, biru, hijau dan kuning. Semua colour yang bright dan ceria bersesuaian dengan tema raya ceria dan gembira.

Untuk koleksi Weave ni, Vna cuma grab dua warna je iaitu pink dengan hijau. Ingat lagi masa 1st day launch hari Ahad. Supposedly pagi-pagi Ahad temankan mak pi pasar tani tapi beria merayu kat mak arituh bagi exception tak payah ikut semata-mata nak "duck-battle" nak grab LE Weave ni.  Seperti biasa web FV crash dan jam maha teruk. Masa tu memang nak grab warna pink sebab takde lagi LE pink dalam koleksi. Seriously, still segar dalam ingatan even cerita ni tahun lepaihh punya kes, masa nak checkout untuk beli Weave ni memang lama compare masa launch Kaleidoscope sebelumnya.

Teruihhhh dalam hati,dengan tengah-tengah puasa masa tu berdetik, gamaknya Allah balas cash tak dapat grab LE ni sebab sanggup dahulukan sehelai tudung daripada temankan mak sendiri. Bersalah beribuuuuuu sesalankuuuuuuu. Selama kali ni tak pernah refresh page checkout sebab risau dia patah balik ke page shopping cart. Tapi sebab stuck sangat so papppp refresh phewwwww alhamdulillah berjaya checout! 

Yeayyyy, LE Weave dalam gengaman. Rupanya koleksi Weave kali ni team dUCk produce extra daripada biasa which is menyebabkan "exclusivity" kuranggggg sikit compare LE yang lain lah. Nevertheless disebabkan restock beberapa kali ni jugak, merasa lah Vna untuk grab satu lagi colour idaman kalbu iaitu warna hijau. Alhamdulillah :)





Kepada yang mencari-cari preloved Weave dUCk ni, material scarves ni ialah satin silk, lembut dan licin. Boleh try browse thru hashtag #duckscarves #duckscarvestoletgo kadang-kadang anda bernasib baik ada orang yang tak nak dah & nak letgo! Good luck k. 

OOTD Featured Items:

Top: SEED
Jeans: VOIR
Shoes: STEP
Bags & Sunglass: Charles & Keith

Much Love,
Vna Erman :)